Thursday 4 February 2016

Kek buah kukus

Kek buah kukus ni antara kek evergreen. Tak jemu di makan dan sesuai dihidang pada bila-bila masa.

Pembuatan kek buah kukus ni mengambil masa yg agak lama.kena kukus 4 jam untuk kek lebih tahan lama. Kek ni makin lama disimpan, makin sedap tau..

Ni hasil kek yg kami cuba try test 😉 insyaAllah akan datang kami buka untuk tempahan.




Wednesday 3 February 2016

Barangan Mentah


Material untuk bakeri kami biasanya kami beli di yummy bakeri di Bangi. Boleh dapatkan barang-barang yang berkualiti dengan harga yang berpatutan kat sini. Kadang-kadang harga kat sini jauh juga beza dengan harga barang barang bakeri kat kawasan kediaman kami di Sendayan. 

Cuma sejak kebelakagan ni, harga barang mula menigkat mendadak. Senak juga dibuatnya. Bukan senang nak maintain harga jualan kalau harga barangan mentah dah naik. 

Friday 22 January 2016

Kek Keju Meleleh Untuk Puan Fen


Kek keju meleleh vanilla 10" antara kek yg paling diminati customer An Nis Recipe.
Terima kasih Puan Fen pelanggan setia An Nis Recipe atas tempahan kali kedua utk dalam masa sebulan. 
RM50.00 sahaja. Dijamin home made dengan menggunakan barangan berkualiti😊.


Monday 4 January 2016

Terima Kasih Pelanggan Setia Kami Puan Fen

4.1.2016
Pesanan pembuka tahun 2016,
Daripada pelanggan setia kami, Puan Fen dengan kek kegemarannya sekeluarga, Kek Keju Meleleh saiz 10". 
Cuma RM 50.00 sahaja. 
Dijamin home made dengan barangan yang berkualiti.  

Wednesday 16 December 2015

Brownies kedut & Kek Minyak Oren


Kali ini An Nis Recipe perlu menyiapkan 2 jenis kek. Brownies kedut yang yummy untuk Dr Shairah dari Klinik Kesihatan Seremban 2 dan Kek Minyak Oren untuk Puan Fen. Puan Fen memang pelanggan setia kami sejak dulu!  
Petang ni COD ke rumah Dr Shahiran. Dekat je, di Bandar Sri Sendayan je. 


Special Project: Brownies Kedut, Beijing kau tunggu aku datang


Special Project: Brownies Kedut, Beijing kau tunggu aku datang

Khas untuk pelajar Tajaan MARA dan KPM. 70 bungkus brownies kedut naik MAS membelah lautan ke Beijing. Untuk student Malaysia kat sana tak de extra charge pun An Nis Recepi kenakan. Tambang kapal terbang kami sedut dan of course no GST! Harga sama seperti di Malaysia RM12 je sebungkus.  

Berebut2 student kat sana, Penat lum hilang lagi diorang dah jengah ke kediaman An Nis Recipe. Kesian pada yang tak dapat. Sorry lah ye, tak boleh bawak banyak, nanti MAS kenakan An Nis Recepi tambang extra charge pulak. 

Adik adik, Belajar rajin-rajin ye. Balik nanti berbakti kepada masyarakat dan jangan lupa tempah lagi dengan An Nis Recipe. 










Tuesday 24 November 2015

Minggu khas untuk brownies sahaja


Minggu ni khas utk brownies sahaja. 
An Nis Recipe sebenarnya busy buat preparation untuk Special Project: Brownies ke Beijing, China. Bagi peluang student Malaysia kat sana merasa pulak..Pohon doa semuanya dipermudahkan.

Dalam kedibukan tu sempat juga selitkan order dari Puan Adlina (USIM)
2 pack brownies 10" & 1 small pack.
Terima Kasih kerana mempercayai kami,